AGENDA

KKM kenal pasti dua lagi kluster baharu, semuanya 21

22 Jul 2020, 11:08 AM
KKM kenal pasti dua lagi kluster baharu, semuanya 21

SHAH ALAM, 22 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu membabitkan sebuah kapal di Selangor dan pesakit bawah pemantauan (PUI) Melbourne di Sarawak.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Hyde Park di Pelabuhan Klang berpunca dari kru kapal warga Rusia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir dan India.

"Kluster ini dikenal pasti susulan saringan Covid-19 yang dijalani kru tersebut sebelum pulang ke negara asal. Setakat ini, seramai 24 orang disaring dengan empat daripadanya positif," kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kluster itu tidak membawa risiko penularan jangkitan kerana terpencil dan langkah pencegahan seperti proses nyahkuman sudah dijalankan.

Dr Noor Hisham berkata kluster PUI Melbourne pula membabitkan pelajar Malaysia pulang dari Australia 15 Julai lalu dan disahkan positif di Kuching dua hari kemudian.

"Seramai 21 kontak rapat terdiri daripada penumpang pesawat dan kenderaan awam berkaitan disaring dan menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan," katanya lagi.

Sehingga semalam, jumlah kluster aktif ialah 19 dengan 13 daripadanya diumum dalam tempoh 10 hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619