AGENDA

75 individu ingkar PKP, tiga ditahan reman

22 Jul 2020, 9:06 AM
75 individu ingkar PKP, tiga ditahan reman

SHAH ALAM, 22 JULAI: Seramai tiga daripada 75 individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam dikenakan tahanan reman, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata baki 72 lagi dikompaun ekoran kesalahan terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial serta melanggar tatacara operasi piawai (SOP).

"Operasi pemantauan yang dijalankan semalam melakukan 61,246 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata seramai tiga warga asing ditahan kerana melakukan kesalahan membabitkan peraturan imigresen.

"Dari 1 Mei sehingga semalam, seramai 1,944 warga asing, 560 tekong dan 121 penyeludup ditahan manakala 73 bot serta 201 kenderaan dirampas kerana cuba menceroboh sempadan negara.

"Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memasuki negara secara

haram," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619