AGENSI

Yakin kutip RM800 juta zakat, LZS giat kempen digital

22 Jul 2020, 1:39 AM
Yakin kutip RM800 juta zakat, LZS giat kempen digital

SHAH ALAM, 22 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) yakin dapat mengutip RM800 juta zakat perniagaan dan pendapatan tahun ini, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Saipolyazan Mat Yusop berkata bagi menjayakannya, pihaknya akan melaksanakan promosi giat menerusi kempen digital.

"Sehingga Mei, LZS berjaya mengutip RM340 juta, jadi saya yakin sekiranya usaha menerusi landasan digital diteruskan, kita akan mencapai sasaran kutipan zakat itu," katanya selepas Majlis Pelancaran Sistem E-dialisis di Hotel Acapella di sini semalam.

Hadir sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Paduka Emeritus Prof Dr Mohamad Awang dan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Abdul Basith Hamid.

Pada 11 Julai lalu, LZS menurunkan sasaran kutipan zakat dari RM855.1 juta kepada RM800 juta akibat penularan Covid-19.

Tahun lalu, zakat perniagaan dan pendapatan menyumbang sebanyak 78 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619