AGENSI

Zakat Selangor belanja RM60 juta biaya rawatan dialisis asnaf

21 Jul 2020, 2:00 PM
Zakat Selangor belanja RM60 juta biaya rawatan dialisis asnaf

SHAH ALAM, 21 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM60 juta tahun ini bagi membiayai rawatan dialisis pesakit asnaf, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Saipolyazan Mat Yusop berkata seramai 2,498 pesakit asnaf fakir, miskin, mualaf dan gharimin menerima manfaat tersebut sehingga Jun lalu.

"Setiap bulan terdapat tambahan pesakit antara 30 hingga 40 orang. Dialisis diberi keutamaan saban tahun dan pada 2019, sebanyak RM30.2 juta diperuntukkan untuk Bantuan Hutang Rawatan Dialisis Asnaf Gharimin," katanya pada Majlis Pelancaran Sistem e-Dialisis di Hotel Acapella di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS Dato’ Paduka Emeritus Prof Dr Mohamad Awang dan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Abdul Basith Hamid.

Selain dialisis, sembilan bantuan utama LZS ialah:

1. Kewangan dan bulanan - RM186.1 juta

2. Pembinaan, baik pulih dan sewa rumah - RM93.5 juta

3. Keperluan pendidikan dan yuran - RM76.1 juta

4. Perubatan - RM49.4 juta

5. Elaun guru kelas fardu ain dan kelas agama - RM28.8 juta

6. Pelajaran, biasiswa, dermasiswa mualaf dan sumbangan orang kelainan upaya - RM61.2 juta

7. Pengurusan rumah perlindungan asnaf - RM17.3 juta

8. Peralatan masjid dan surau serta sumbangan peralatan dan baik pulih institusi agama - RM12.5 juta

9. Bantuan dermasiswa hufaz Quran - RM9.3 juta

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619