AGENSI

Selangor tidak naik tarif air, elak rakyat terbeban

21 Jul 2020, 9:58 AM
Selangor tidak naik tarif air, elak rakyat terbeban

SHAH ALAM, 21 JULAI: Selangor senada dengan Putrajaya untuk tidak menaikkan tarif air ketika rakyat bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Memang tiada hasrat naik tarif sepanjang Covid-19," kata Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ringkas ketika ditemui selepas merasmikan program RiDE di SUK hari ini.

Kenyataan tersebut mengulas jaminan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk tidak menaikkan tarif air dalam situasi rakyat terbeban dengan keadaan ekonomi dan penularan wabak.

Sementara itu, Amirudin berkata pihaknya sudah menyerahkan pelan perniagaan dan kewangan kepada Pengurusan Aset Air Berhad serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Hari ini, kerajaan memberi jaminan semakan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa depan dibuat dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619