AGENDA

MB kecam conteng mural Dr Noor Hisham, pemimpin negara

20 Jul 2020, 5:49 AM
MB kecam conteng mural Dr Noor Hisham, pemimpin negara

SHAH ALAM, 20 JULAI: Dato' Menteri Besar mengecam keras perbuatan menconteng mural ketua pengarah kesihatan dan pemimpin negara dengan kata-kata kesat di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini.

Dato' Seri Amirudin Shari melalui Twitter menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas kepada pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme yang berlaku di Seksyen U12 Shah Alam. Saya menggesa pihak MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dan polis untuk bekerjasama menyiasat dan memastikan pesalah dikenakan tindakan sewajarnya," tulisnya hari ini.

Menurut portal Astro Awani, mural gergasi yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Dr Noor Hisham Abdullah diconteng dengan perkataan tidak senonoh.

Turut terkesan potret Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mural berkenaan dilukis oleh Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27.

Pada 10 Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli melawat mural tersebut diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda baginda.

Dr Noor Hisham turut bergambar bersama mural potretnya dan menghargai hasil seni tempatan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619