AGENSI

'Pusing Selangor Dulu' dapat sambutan, yakin capai sasaran pelancong

20 Jul 2020, 5:03 AM
'Pusing Selangor Dulu' dapat sambutan, yakin capai sasaran pelancong

SHAH ALAM, 20 JULAI: Tourism Selangor yakin sasaran enam juta pengunjung tahun ini tercapai melalui kempen Pusing Selangor Dulu yang menyasar pelancong domestik.

Pengurus Besarnya Azrul Shah Mohamad berkata inisiatif yang dilancar Jun lalu mendapat sambutan baik selaras visi penetapan semula industri pelancongan (reset tourism).

"Tourism Selangor menetapkan sasaran baharu pelancong pada 2020 dan dijangka dapat direalisasi dengan sebahagian besarnya disumbang pelancong domestik.

"Pelbagai inisiatif juga dibuat antaranya penggunaan landasan digital dan media sosial untuk promosi, kerjasama dengan media tempatan dan antarabangsa melalui Media Fam Trip, pemberian diskaun serta pakej pelancongan baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Selangor menyasar lapan juta pelancong dengan pendapatan RM15 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia, namun terpaksa dibatalkan susulan penularan Covid-19.

Pakej rangsangan ekonomi fasa ketiga yang diumum pada 13 Julai lalu memperuntuk insentif RM1,000 sekali bayar kepada pekerja sektor pelancongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengumum subsidi baucar bagi hotel, taman tema dan inap desa berlesen sebanyak RM2 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619