EXCO

Mangsa terkesan Covid-19 terima bantuan susu, lampin bayi lebih RM300,000

19 Jul 2020, 8:21 AM
Mangsa terkesan Covid-19 terima bantuan susu, lampin bayi lebih RM300,000

SHAH ALAM, 19 JULAI: Kerajaan Negeri melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) memperuntukkan sejumlah RM336,000 dalam bentuk bantuan susu dan lampin bayi kepada mangsa terkesan Covid-19.

EXCO Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata sehingga kini seramai 5,829 individu dari semua Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima manfaat tersebut.

"Kita memutuskan untuk batal dan tangguh beberapa program PWB yang bersifat tidak kritikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Susulan itu, kita melaksanakan program kilat iaitu pemberian susu dan lampin bayi kepada mereka yang terkesan akibat pandemik ini," katanya kepada SelangorKini.

Bagaimanapun, beliau berkata PWB giat menganjurkan aktiviti yang memfokuskan kepada modul perusahaan makanan, minuman serta kraftangan dalam tempoh PKP Pemulihan.

Menurutnya, 80 program dilaksanakan dalam tempoh itu merangkumi bengkel membuat kek, pembuatan ikan sardin, masakan aneka sambal dan gubahan bunga yang boleh menjana pendapatan wanita di rumah.

"Saya yakin program PWB dinanti-nantikan wanita di negeri ini selepas hampir empat bulan ditangguhkan susulan PKP," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619