EXCO

Pindah sisa toksik di Johan Setia kos RM2 juta

18 Jul 2020, 9:12 AM
Pindah sisa toksik di Johan Setia kos RM2 juta

KAJANG, 18 JULAI: Proses pemindahan lebih 1,000 tong dram disyaki mengandungi sisa toksik di Johan Setia, Klang ke pusat pelupusan di Negeri Sembilan membabitkan kos hampir RM2 juta.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata usaha itu diuruskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor selain kerja pembersihan tapak giat dijalankan.

“Sebelum ini kita belanja hampir setengah juta untuk 400 tong dan dianggarkan jumlah kali ini lebih besar antara RM1 juta ke RM2 juta.

"Walaupun kos tinggi ia tetap perlu dipindahkan kerana memberi risiko letupan, kebakaran dan mencemarkan kualiti alam sekitar,” katanya selepas menyerahkan bantuan makanan kepada ahli Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Hulu Langat di sini hari ini.

Loy Sian berkata siasatan menyeluruh terhadap pemilik tanah masih berjalan dan kes berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah.

“Kerajaan Selangor ingatkan pemilik tanah jangan beri mana-mana kilang gunakan tapak mereka simpan bahan buangan. Ini adalah kesalahan serius yang boleh dipenjara dan didenda,” katanya.

Rabu lalu, JAS Selangor menemui tong disyaki mengandungi bahan enap cemar minyak, enap cemar getah, buangan pigmen dan campuran kimia berbahaya selepas sebulan melakukan intipan dan risikan termasuk pantauan dron.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619