AGENSI

MB: RiDE galak anak muda berniaga, ceburi e-panggilan

17 Jul 2020, 1:08 PM
MB: RiDE galak anak muda berniaga, ceburi e-panggilan

SHAH ALAM, 17 JULAI: Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) berupaya mencetuskan minat anak muda di Selangor menceburi bidang perniagaan berasaskan khidmat penghantaran terutama ketika pasca Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata pemberian subsidi lesen memandu percuma B2 kepada belia juga memenuhi keperluan perkhidmatan e-panggilan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

"Secara keseluruhan, kita menganggarkan 3,000 anak muda di negeri ini dapat mengambil lesen dan disalurkan keupayaan serta kemampuan mereka untuk memenuhi kehendak kedua-dua bidang itu.

"Ia adalah trend terbaharu dan terus menjadi budaya masyarakat terutama di Lembah Klang. Jadi, golongan belia jangan lupa (sertai) RiDE untuk tambah rezeki serta sebagai kerjaya," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi video di Twitter hari ini.

Pada 13 Julai lalu ketika membentangkan pakej rangsangan ekonomi fasa ketiga, beliau memaklumkan peruntukan inisiatif RiDE ditambah RM1 juta lagi menjadikan jumlah keseluruhan RM2 juta.

Pendaftaran program RiDE dijadualkan dibuka pada 1 Ogos nanti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619