EXCO

Dron pantau tanam sisa kimia haram di Johan Setia

16 Jul 2020, 8:44 AM
Dron pantau tanam sisa kimia haram di Johan Setia

SHAH ALAM, 16 JULAI: Jabatan Alam Sekitar Selangor mengesan aktiviti menanam sisa kimia secara haram membabitkan sebuah syarikat swasta di Johan Setia, Klang.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata pemantauan menggunakan dron sejak sebulan lalu menemui longgokan tanah berubah warna yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

"Kerja pengorekan dibuat dalam masa terdekat kerana tindakan menanam sisa kimia dalam tanah lebih berbahaya disebabkan ia terus kepada sumber air," katanya ketika ditemui di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Baru-baru ini, lebih 1,000 tong dram dan beg berisi sisa toksik berbahaya ditemui di tapak pembuangan haram di Jalan Sijangkang Utama, Johan Setia, Klang.

Memetik laporan media, pembuangan sisa meliputi enapcemar minyak dan getah, buangan pigmen serta campuran bahan kimia berlaku sejak tiga bulan lalu di atas tanah seluas hampir satu hektar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619