AGENDA

Sumbangan GLC dijangka merosot kesan penularan wabak

16 Jul 2020, 1:52 AM
Sumbangan GLC dijangka merosot kesan penularan wabak

SHAH ALAM, 16 JULAI: Sumbangan anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijangka merosot tahun ini susulan dampak Covid-19, kata Dato' Menteri Besar.

Bagaimanapun, Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri sedia berdepan situasi tersebut melalui pelan pemulihan yang dilaksanakan sepanjang tahun.

"Pada tahun lalu, Selangor menyasarkan sumbangan GLC sebanyak RM58 juta tetapi atas kekangan dan perkembangan semasa kita hanya terima RM47.51 juta sahaja.

"Susulan penularan wabak yang melanda, sumbangan GLC kepada Kerajaan Negeri dijangka menurun, jadi kita perlu buat penjajaran program rakyat," katanya menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni berhubung sumbangan GLC pada sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Amirudin berkata sumbangan GLC digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti antaranya Program Tusyen Rakyat, WiFi Smart Selangor, Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor, agihan lembu korban, insentif jemaah haji, Piala Sultan Selangor dan Tour De Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619