AGENDA

Permohonan Skim Air Darul Ehsan masih dibuka

15 Jul 2020, 7:28 AM
Permohonan Skim Air Darul Ehsan masih dibuka
Permohonan Skim Air Darul Ehsan masih dibuka

SHAH ALAM, 15 Julai: Permohonan skim air percuma menerusi Skim Air Darul Ehsan masih dibuka kepada rakyat Selangor, kata EXCO infrastruktur.

Katanya kelonggaran itu diberi berikutan jumlah pendaftaran yang diterima masih rendah dan ada penduduk yang tidak tahu mengenai program bantuan itu.

"Mengikut jadual asal, permohonan air percuma ditutup pada Mac lalu, namun kita memberi kelonggaran dan sehingga kini ia masih tetap dibuka serta tiada had permohonan ditetapkan.

[caption id="attachment_355002" align="alignright" width="440"] Borang permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan boleh diperolehi di beberapa saluran. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Oleh itu, promosi pendaftaran bantuan itu sedang digiatkan menerusi ketua kampung dan pihak berkuasa tempatan. Malah kita memudahkan proses pendaftaran dengan pemohon hanya perlu membawa bil lama ke pejabat pusat khidmat wakil rakyat," kata Ir Izham Hashim.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran pada Sidang Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Sehingga 31 Disember 2019, sebanyak 226,969 permohonan diterima.

Borang permohonan boleh dimuat naik menerusi laman web www.airselangor.com , pengunjung portal juga boleh membuat pendaftaran secara dalam talian.

Syarat-syarat permohonan :

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Selangor.

2. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).

3. Premis kediaman adalah meter individu.

4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma dibawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2021 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor(LPHS).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619