BERITA UTAMA

18 daripada 24 kematian Covid-19 di Selangor libatkan pesakit kronik

15 Jul 2020, 3:31 AM
18 daripada 24 kematian Covid-19 di Selangor libatkan pesakit kronik

SHAH ALAM, 15 JULAI: Sebanyak 18 daripada 24 kematian akibat Covid-19 di Selangor melibatkan pesakit kronik, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata mereka adalah penghidap tekanan darah tinggi seramai sembilan orang, kencing manis (enam), jantung (dua) dan barah (satu).

"Mereka yang menghidap penyakit berkenaan tidak boleh mengawal wabak berkenaan dengan baik.

"Oleh sebab itu Kerajaan Negeri mengambil pendekatan dengan melaksanakan saringan Covid-19 terus ke rumah kepada golongan sasar iaitu warga emas bagi mencegah penularan wabak berkenaan," katanya menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib pada sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, negeri ini merekodkan 2,093 kes Covid-19 dengan satu kes positif baharu.

Kini, lapan daerah termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Gombak merekodkan zon hijau sementara Sepang masih zon kuning dengan 11 kes aktif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619