EXCO

Pencarian Ikon Agro Selangor mula dibuka esok

14 Jul 2020, 11:06 AM
Pencarian Ikon Agro Selangor mula dibuka esok

SHAH ALAM, 14 Julai: Permohonan pencarian 10 Ikon Agro Selangor dibuka bermula esok hingga 28 Julai ini, kata EXCO pemodenan pertanian dan asas tani.

Ir Izham Hashim berkata 20 peserta awal dipilih untuk menjalani proses penilaian selama sebulan sebelum kelompok 10 terbaik diumumkan pada 1 September.

"Syarat penyertaan adalah berasal dari Selangor, berumur 18 tahun ke atas, mempunyai syarikat berdaftar atas nama sendiri dan penyata kewangan lengkap selama tiga tahun.

"Pemilihan ikon dibahagi kepada lima kategori iaitu penternakan, akuakultur, tanaman, industri asas tani dan agro pelancongan. Program ini bertujuan menyokong usaha menjadikan Selangor sebagai pusat bekalan makanan," katanya pada sidang media di lobi Bangunan Annex

Dewan Negeri Selangor hari ini.

Izham berkata setiap ikon akan menerima hadiah kelengkapan pertanian dan wang tunai RM10,000.

"Mereka bertindak selaku duta kecil serta pembimbing golongan muda yang ingin menceburi bidang pertanian sekali gus melahirkan lebih ramai petani moden.

"Ikon agro akan dipantau dan diaudit ahli jawatankuasa pertanian Selangor selama dua tahun bagi memastikan mereka konsisten menjadi penyumbang bekalan makanan dalam tempoh jangka panjang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619