EXCO

Selangor anjur pameran kerjaya, tawar 24,500 pekerjaan

14 Jul 2020, 5:57 AM
Selangor anjur pameran kerjaya, tawar 24,500 pekerjaan

SHAH ALAM, 14 JULAI: Selangor bakal menganjurkan pameran kerjaya yang menawarkan 24,500 peluang pekerjaan dalam tempoh terdekat, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata pemohon perlu mengisi borang menerusi laman web Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum dipilih menghadiri program tersebut serta ditemu duga di lokasi terpilih yang ditentukan kemudian.

"Kerjasama Kerajaan Negeri dengan Perkeso adalah antara usaha mengatasi isu pembuangan kerja selepas banyak sektor perniagaan terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tatacara operasi piawai (SOP) lokasi pameran kerjaya di peringkat akhir penelitian. Kita cadangkan penganjuran di daerah atau di kawasan luas bagi memastikan penjarakan sosial," katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada 16 Jun, Mohd Khairuddin berkata kadar pengangguran di Selangor dijangka berada pada tahap 3.7 peratus tahun ini.

Pada Januari tahun ini Kerajaan Negeri meletak sasaran untuk menurunkan kadar pengangguran kepada 2.5 peratus. Kadar pengangguran di Selangor pada 2016 ialah 3.2 peratus sebelum turun kepada 2.8 peratus pada 2017, 2018 dan 2019.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619