AGENDA

RM260.14 juta bantu rakyat tangani Covid-19

13 Jul 2020, 3:47 AM
RM260.14 juta bantu rakyat tangani Covid-19

SHAH ALAM, 13 JULAI: Sebanyak RM260.14 juta dibelanja bagi pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin yang memanfaatkan 3.5 juta rakyat di negeri ini.

Dato' Menteri Besar berkata bagi fasa pertama, bantuan kewangan diberi terus kepada rakyat dan petugas hadapan pada peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan.

"Fasa kedua pula usaha tambahan menangani isu sosial dan ekonomi seperti Pasar Agro Selangor, e-dapur dan Selangor Advance untuk mengadaptasi norma baharu kehidupan," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan pakej rangsangan ekonomi fasa ketiga di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata pakej ketiga bertindak sebagai daya tahan untuk Selangor membangunkan semula ekonomi setelah mengalami kejutan mendadak susulan pandemik Covid-19.

Amirudin berkata pelan pemulihan ekonomi itu menekankan tiga tonggak utama iaitu jaminan bekalan makanan, kemampanan ekonomi dan pembangunan keupayaan.

"Jumlah keseluruhan nilai ekonomi bagi pelan ini ialah RM55.85 bilion," katanya lagi.

Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa satu berjumlah RM127.78 juta diumumkan pada 20 Mac lalu manakala fasa kedua sebanyak RM272.5 juta dibentangkan pada 1 April lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619