AGENSI

Penduduk mohon kawasan lapang terbangkan wau kapal

12 Jul 2020, 12:30 PM
Penduduk mohon kawasan lapang terbangkan wau kapal

JERAM, 12 JULAI: Kelayangan Cagat/Tegak Kampung Bukit Kuching Tengah berharap Kerajaan Negeri menyediakan kawasan lapang untuk permainan wau kapal.

Naib Presidennya Mohd Nazri Abdul Samad berkata penduduk terpaksa berlatih dan bermain di padang Sekolah Menengah Kampung Bukit Kuching atau kebun yang baru dibersihkan.

“Permainan ini memerlukan lokasi yang besar. Contohnya jika ada pertandingan, sebulan sebelum itu kami siapkan jentera (layang-layang) dan perlu berlatih.

"Kami tiada masalah menempah padang sekolah, cuma kalau ada lokasi khusus lebih baik,” katanya kepada SelangorKini yang turut memaklumkan wau kapal berjaya menarik minat belia walaupun pernah 'sunyi' selama 15 tahun.

Permainan tradisional itu kini dipelopori generasi ketiga sejak diperkenalkan di Selangor pada tahun 70-an dengan identiti bentuk kapal di bahagian bawah.

Lokasi terdekat untuk pertandingan dibuat di Kampung Bukit Kuching Hilir dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619