AGENDA

Sukma 2020: Sasaran pingat emas mungkin berubah

11 Jul 2020, 7:14 AM
Sukma 2020: Sasaran pingat emas mungkin berubah

SHAH ALAM, 11 JULAI: Selangor akan menilai semula sasaran 45 pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan, kata pemangku pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri.

Mohamad Nizam Marjugi berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan tersebut, namun penilaian bergantung kepada prestasi terkini atlet dan pihak lawan.

"Buat masa ini tiada kejohanan di peringkat kebangsaan dan keadaan ini menyukarkan analisis tahap atlet dan negeri lain, namun kita yakin mereka kekal berdisiplin serta berada pada tahap terbaik.

"Pelaksanaan tatacara operasi piawai (SOP) ketat sepanjang latihan juga memaksa jurulatih mengubah program atau corak latihan atlet," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Sukma Johor 2020 yang ditangguh susulan penularan Covid-19 dijadualkan semula pada 6 hingga 14 Mac tahun depan manakala Para Sukma berlangsung bermula 5 hingga 10 April.

Selangor menyasarkan kutipan 45 pingat emas, 40 perak dan 40 gangsa pada kejohanan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619