AGENDA

Ismail Sabri: 76 individu ingkar PKPP dikenakan tindakan

10 Jul 2020, 12:41 PM
Ismail Sabri: 76 individu ingkar PKPP dikenakan tindakan

SHAH ALAM, 10 JULAI: Seramai 76 individu dikenakan tindakan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 13 daripada mereka ditahan reman manakala 63 dikenakan kompaun.

"Antara kesalahan ialah melakukan aktiviti dalam kelab malam membabitkan 12 individu, aktiviti membabitkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan sosial (52) dan aktiviti melanggar tatacara operasi piawai (SOP) (12)," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata Operasi Benteng dilaksanakan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) berjaya menahan 10 warga asing.

"Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terbabit dengan kegiatan ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619