AGENSI

Kompleks PKNS, SACC Mall benarkan promosi jualan di ruang legar

10 Jul 2020, 5:26 AM
Kompleks PKNS, SACC Mall benarkan promosi jualan di ruang legar

SHAH ALAM, 10 JULAI: Peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall dijangka boleh mempromosi jualan di ruang legar pusat beli-belah itu mulai bulan ini.

Kebenaran oleh PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) membabitkan 66 tapak jualan di kedua-dua premis tersebut tanpa bayaran sewa sehingga Disember.

"Peniaga hanya perlu menanggung caj pemasangan RM50 setiap hari bagi aktiviti promosi selama 14 hari berbanding RM200 yang dikenakan sebelum ini," kata Pemangku Pengurus Pusatnya Syahril Mohd Rashid kepada SelangorKini semalam.

Katanya, permohonan persatuan peniaga diluluskan selepas berbincang dengan pejabat Dato' Menteri Besar dan kini menunggu kebenaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk penetapan garis panduan.

"Kita berharap mereka (MBSA) beri kebenaran kerana promosi ini bertujuan membantu peniaga yang terjejas susulan pandemik Covid-19. Undian juga sudah dijalankan dan mendapat sambutan menggalakkan terutama menjelang sambutan Aidiladha," kata Syahril lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619