AGENDA

KEADILAN dakwa PN 'khadam Umno', tidak kekal

6 Jul 2020, 3:03 PM
KEADILAN dakwa PN 'khadam Umno', tidak kekal
KEADILAN dakwa PN 'khadam Umno', tidak kekal

SHAH ALAM, 6 JULAI: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sebagai 'khadam Umno' yang bakal tumbang tidak lama lagi.

Dato' Seri Amirudin Shari juga menganggap gabungan itu kian goyah hingga memaksa mereka merancang mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat.

Malah, beliau mendakwa PN juga terpaksa menunggu keputusan kes mahkamah membabitkan Datuk Seri Najib Razak yang boleh mempengaruhi sokongan terhadap mereka.

"Sebab itu mereka (PN) merancang buat pilihan raya kerana makin lama mereka makin berpecah, tambahan (pula) kes Najib ditentukan 28 Julai ini,” katanya pada majlis makan malam bersama cabang Ampang malam ini.

"Sebab kalau dia (Najib) kalah, beliau ada hampir 10 orang ahli parlimen yang setia. Kalau enam daripadanya tidak datang ketika pengundian mereka (PN) akan tewas.”

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar turut menegaskan PN cuma memikirkan cara untuk kekal berkuasa  tanpa mempedulikan masalah negeri, malah mereka bimbang menjadi kerajaan paling singkat dalam sejarah.

"Ujian pertama adalah lantikan speaker (Dewan Rakyat), mungkin mereka lepas tetapi selepas itu peristiwa besar adalah (kelulusan) belanjawan pada November hadapan," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619