AGENSI

Covid-19: Selangor catat dua kes baharu, keseluruhan 2,062

6 Jul 2020, 11:00 AM
Covid-19: Selangor catat dua kes baharu, keseluruhan 2,062

SHAH ALAM, 6 JULAI: Selangor mencatatkan dua kes baharu Covid-19 hari ini dengan masing-masing satu jangkitan dari luar negara dan penularan tempatan.

Jabatan Kesihatan Negeri memaklumkan jumlah itu sama seperti semalam daripada keseluruhan lima kes di Malaysia hari ini.

"Satu kes positif direkodkan di Gombak membabitkan warga tempatan iaitu saringan kontak rapat yang merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8,649 manakala bagi kes jangkitan luar negara membabitkan pengembara dari New Zealand," katanya dalam kenyataan.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes kumulatif di Selangor 2,062 dan 151 kes jangkitan dari luar negara sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Secara keseluruhan daerah Hulu Langat kekal mencatatkan kes kumulatif tertinggi dengan 631 kes diikuti Petaling (437), Gombak (260), Klang (190), Sepang (153), Hulu Selangor (77), Kuala Selangor (69), Kuala Langat (64) dan Sabak Bernam (30).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619