AGENDA

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki momentum Wall Street

30 Jun 2020, 2:16 AM
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki momentum Wall Street

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki momentum Wall Street dalam tempoh semalaman meningkat daripada kenaikan semalam, kata peniaga.

Pada 9.07 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 3.43 mata kepada 1,497.86 daripada 1,494.43 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 1.02 mata lebih rendah pada 1,493.41.

Keseluruhan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 350 berbanding 102 manakala 220 kaunter tidak berubah, 1,278 kaunter tidak diniagakan dan 56 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 393.89 juta saham bernilai RM215.91 juta.

Indeks Purata Perindustrian Dow Jones melonjak 580.25 mata kepada 25,595.8 manakala S&P 500 meningkat 44.19 mata kepada 3.053.24.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM7.56, TNB meningkat 10 sen kepada RM11.66, Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM6.23, Public Bank turun dua sen kepada RM16.42 dan IHH Healthcare susut 12 sen pada RM5.48.

Antara saham paling aktif, Sapura Energy dan VSolar masing-masing menokok satu sen kepada 10 sen dan lapan sen, AT Systematization naik setengah sen kepada 14.5 sen, Careplus meningkat dua sen kepada RM1.48 sementara MQ Technology kurang satu sen kepada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 39.74 mata kepada 10,532.12, Indeks FBMT 100 meningkat 37.35 mata kepada 10,390.56 dan FBM 70 melonjak 100.74 mata kepada 12,908.36.

Indeks FBM Emas Syariah naik 48.18 mata pada 12,001.67 manakala FBM ACE menambah 37.92 mata kepada 6,242.85.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.84 mata kepada 133.4, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 26.7 mata kepada 12,728.46 dan Indeks Perladangan turun 37.39 mata kepada 6,688.95.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619