AGENSI

Selangor berpotensi perluas tanaman durian

26 Jun 2020, 4:43 AM
Selangor berpotensi perluas tanaman durian

SHAH ALAM, 26 JUN: Selangor berpotensi bagi tanaman durian kerana memiliki akses mudah daripada aspek logistik dan agropelancongan, kata penolong pengarah kanan, cawangan pendidikan pasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor.

Mohd Firdaus Ab Aziz berkata hasil penanamannya boleh menjadi penyumbang kepada pendapatan negara sebagai menggantikan tanaman lain yang kurang menghasilkan pulangan dan produktif.

"Durian klon komersial seperti D197 atau Musang King dikategorikan sebagai sumber kekayaan baharu negara selain kelapa, nanas, jagung bijirin dan tenusu.

"Durian boleh ditanam atau diusahakan di mana-mana sahaja dengan kaedah betul selain pengusaha perlu memastikan bekalan air mencukupi, pembajaan dan pengurusan ladang yang sesuai sebaliknya tidak boleh tanam, tinggal dan tuai sahaja," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata Malaysia turut menjadi pengeksport durian D197 atau Musang King kepada hampir 20 negara termasuk Singapura, China, Korea dan Amerika Syarikat.

"Di sini (Malaysia) dilihat potensi besar tanaman durian Musang King khususnya untuk diusahakan pengusaha tempatan, malah selepas dibenarkan secara rasmi tahun lalu untuk mengeksportnya secara sejuk beku dalam bentuk biji (whole fruits), jumlah eksport komoditi terus meningkat.

"Bagaimanapun, hanya durian daripada klon D197 dan D24 dibenarkan memasuki pasaran China dalam bentuk biji, pulp dan pes," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619