AGENDA

MB nasihat sekolah patuh SOP, amal norma baharu

25 Jun 2020, 3:06 PM
MB nasihat sekolah patuh SOP, amal norma baharu
MB nasihat sekolah patuh SOP, amal norma baharu

SHAH ALAM, 25 JUN: Selepas hampir tiga bulan tidak beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sesi persekolahan mula dibuka semalam khusus bagi pelajar tingkatan lima dan enam.

Dato' Menteri Besar menasihatkan pihak sekolah terus menempuh norma baharu dan patuhi tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).

"Tuntut ilmu dengan norma baharu. Sesi persekolahan kembali membabitkan pelajar mengambil peperiksaan awam. Warga sekolah dan pelajar diingatkan untuk patuh SOP ketat KKM," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Antara saranan kepada sekolah adalah:

1. Saringan kesihatan di pintu masuk

2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman

3. Pematuhan penjarakan sosial seperti di bilik mesyuarat, dewan makan, asrama dan pondok menunggu

4. Amalan etika batuk dan bersin yang betul

5. Tiada aktiviti melibatkan perhimpunan

6. Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh

7. Buka tingkap dan pintu bilik darjah bagi pengudaraan baik

8. Tandas sekolah sentiasa bersih dan ada sabun

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619