AGENSI

Buka pintu sempadan negara untuk perubatan, 'bonus' buat Selangor

24 Jun 2020, 1:02 AM
Buka pintu sempadan negara untuk perubatan, 'bonus' buat Selangor

SHAH ALAM, 24 JUN: Pembukaan semula pintu sempadan negara untuk perubatan memberi kelebihan untuk Selangor apabila terdapat lebih 20 hospital di negeri ini berdaftar dengan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).

Pengurus Besar Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata pengumuman itu membolehkan pihaknya fokus kepada sektor pelancongan perubatan bagi menjana ekonomi negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Antara hospital berdaftar dengan MHTC ialah Hospital Pakar KPJ Damansara, Hospital Wanita Metro, Hospital Mata Tun Hussein Onn, Hospital Columbia Asia Puchong, Prof Muhaya Eye & Lasik Centre serta Avisena Specialist Hospital.

"Justeru kami yakin sasaran Kerajaan Negeri menerusi Tourism Selangor yang menetapkan sasaran baharu kedatangan pelancong seramai 6 juta orang pada tahun ini boleh tercapai," katanya kepada SelangorKini.

Pada Februari lalu, Azrul Shah berkata bagi tempoh Januari hingga September tahun lalu, seramai 142,000 pelancong Indonesia direkodkan memasuki negeri ini bagi tujuan perubatan.

Sementara jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di Selangor meningkat daripada 135,000 pada 2015 kepada 240,000 orang pada 2018.

16 Jun lalu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kemasukan warga asing ke negara ini bagi tujuan perubatan adalah dibenarkan dan perlu mendaftar dengan MHTC.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619