AGENDA

Ringgit dibuka tinggi 4.2750/2850 berbanding dolar AS

23 Jun 2020, 2:05 AM
Ringgit dibuka tinggi 4.2750/2850 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh kenaikan harga minyak mentah global.

Pada 9.18 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2750/2850 berbanding dolar AS daripada 4.2770/2850 yang dicatatkan semalam.

Seorang peniaga berkata harga minyak global menunjukkan tanda-tanda pemulihan berikutan pengeluaran yang lebih terhad ketika sebahagian besar negara membuka ekonomi masing-masing.

"Harga minyak global berpotensi untuk mencecah sehingga US$50 setong pada akhir tahun dan sebarang kenaikan harga itu sememangnya baik untuk pendapatan minyak dan gas Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali bagi dolar Singapura yang menyaksikan ringgit mengukuh pada 3.0621/0704 daripada 3.0657/0717 semalam.

Ringgit bagaimana pun susut berbanding yen Jepun kepada 4.0028/0133 daripada 3.9987/9080, rendah berbanding pound Britain kepada 5.3211/3344 daripada 5.3035/3151 dan turun berbanding euro kepada 4.8060/8189 daripada 4.7954/7052.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619