AGENSI

Google Maps bantu rancang perjalanan penumpang Bas Smart Selangor

22 Jun 2020, 6:31 AM
Google Maps bantu rancang perjalanan penumpang Bas Smart Selangor

SHAH ALAM, 22 JUN: Penumpang Bas Smart Selangor di beberapa laluan terpilih kini boleh menyemak waktu perjalanan melalui Google Maps.

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan berkata aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Google Play atau App Store hanya memerlukan penumpang mengisi maklumat perjalanan.

"Aplikasi ini dijangka memanfaatkan ribuan pengguna perkhidmatan bas awam di Lembah Klang dan Selangor, selain membantu warga kota merancang perjalanan lebih baik dan efisien," kata syarikat pengendali bas terbesar itu.

Selain Bas Smart Selangor, perkhidmatan Google Maps turut disediakan bagi 170 laluan bas di Lembah Klang dan Selangor termasuk bas perantara Transit Aliran Ringan (LRT) dan Go KL.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri melancarkan aplikasi Selangor Intelligent Transport System yang membolehkan penumpang Bas Smart Selangor mengenal pasti perhentian terdekat dan menyemak jangkaan waktu ketibaan bas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619