AGENDA

Lima lelaki ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol

21 Jun 2020, 8:18 AM
Lima lelaki ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol

KUALA LUMPUR, 21 JUN: Lima lelaki ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dilaksanakan di sekitar Petaling Jaya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kesemua suspek berumur lingkungan 30 hingga 49 tahun itu ditahan kerana didapati positif memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang ditetapkan.

Beliau berkata mereka ditahan dalam operasi bermula pada 11 malam bagi mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

"Polis turut mengeluarkan 22 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk di daerah itu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata seramai 501 pengguna jalan raya dan 467 kenderaan diperiksa dalam operasi yang berakhir pada 3 pagi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619