EXCO

Selangor benarkan rumah ibadat bukan Islam dibuka esok, fokus empat kriteria

18 Jun 2020, 10:02 AM
Selangor benarkan rumah ibadat bukan Islam dibuka esok, fokus empat kriteria

SHAH ALAM, 18 JUN: Semua rumah ibadat selain Islam di Selangor kecuali zon merah dibenarkan beroperasi semula berkuat kuasa esok mengikut empat kriteria.

Kriteria meliputi pengunjung rumah ibadat, aturan logistik dan kapasiti maksimum, pematuhan penggunaan sistem SELangkah serta aliran pergerakan keluar masuk.

"Semua dibenarkan mengunjungi rumah ibadat kecuali individu bergejala Covid-19, warga emas, menghidap penyakit kronik serta kanak-kanak bawah 12 tahun," kata EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud dalam sidang media di Dewan Annex hari ini.

Katanya, pegawai Covid-19 juga perlu ditempatkan untuk mengawal aliran pergerakan dan bilangan pengunjung bergantung kepada keluasan rumah ibadat.

Pada masa sama, Siti Mariah turut mengingatkan pihak pengurusan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) atau berdepan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Jika pihak berkuasa mengenal pasti rumah ibadat tidak mematuhi SOP, langkah pertama adalah memberi nasihat dan berhak menutup operasi jika kesalahan sama berulang," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619