AGENSI

PPAS lancar Booksfly2u, mudahkan pinjaman buku

18 Jun 2020, 6:36 AM
PPAS lancar Booksfly2u, mudahkan pinjaman buku

SHAH ALAM, 18 JUN: Orang ramai boleh meminjam buku secara e-panggilan melalui Booksfly2u bermula esok di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), kata pengarahnya.

Mastura Mohamad berkata kaedah pinjaman baharu beroperasi setiap hari kecuali cuti umum dari 9 pagi hingga lima petang dengan tiga langkah mudah.

"Peminjam hanya perlu menghubungi PPAS melalui panggilan telefon atau WhatsApp di talian 010-8491488 atau 03-55197667, senaraikan buku yang ingin dipinjam dan ia akan dihantar.

"Kos penghantaran serta pemulangan semula buku ditanggung peminjam,” katanya kepada SelangorKini.

PPAS dibuka semula Isnin lalu selepas lebih dua bulan ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan Covid-19.

Perpustakaan daerah, cawangan, pekan dan desa pula dibuka Isnin hingga Jumaat mulai 9 pagi hingga 6 petang manakala Sabtu pada minggu kedua dan keempat setiap bulan dari 9 pagi hingga 5.30 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619