AGENDA

Bekalan kurang 40 peratus, MB gesa rakyat derma darah

15 Jun 2020, 2:57 PM
Bekalan kurang 40 peratus, MB gesa rakyat derma darah

SHAH ALAM, 15 JUN: Rakyat Selangor digesa menderma darah berikutan negara mengalami kekurangan bekalan pada kadar 40 peratus sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata bekalan darah adalah sumber penting untuk membantu pesakit terutama mereka yang perlu menjalani pembedahan kompleks.

"Datanglah menderma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang merupakan pusat kutipan darah di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) bagi Selangor atau kunjungi mana-mana program derma darah anjuran Pusat Darah Negara di negeri ini," katanya menerusi Twitter hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Hari Derma Darah Sedunia anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 2,000 beg darah secara puratanya didermakan rakyat Malaysia serta digunakan untuk membantu 1,000 pesakit setiap hari.

Katanya, melalui sumbangan itu, ramai nyawa insan dapat diselamatkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619