AGENDA

Red Giants kembali berlatih selepas saringan Covid-19

13 Jun 2020, 4:04 AM
Red Giants kembali berlatih selepas saringan Covid-19

SHAH ALAM, 13 JUN: Pasukan Selangor akan kembali menjalani latihan bermula 16 Jun ini selepas selesai menjalani ujian saringan Covid-19, kata ketua jurulatihnya.

B Sathianathan berkata pemain akan dibahagikan kepada kumpulan kecil bermula dengan sesi latihan kecergasan dan teknik individu selama dua minggu.

"Saringan Covid-19 kita akan lakukan pada 15 Jun ini. Pemain akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan jumlah maksimum lapan orang bersama empat jurulatih," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata pihaknya kini sedang menguruskan kepulangan dua pemain Red Giants iaitu Ifedayo Olusegun yang berada di Nigeria dan Safuwan Baharudin di Singapura untuk kembali bersama pasukan.

Sathianathan yang juga Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia berharap aksi musim ini dapat disambung semula seperti dirancang Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas semua pasukan dilarang mengadakan latihan, perlawanan persahabatan dan mengurangkan pergerakan sejak 17 Mac lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619