AGENDA

Covid-19: 33 kes baharu, satu kematian

12 Jun 2020, 10:05 AM
Covid-19: 33 kes baharu, satu kematian

SHAH ALAM, 12 JUN: Malaysia mencatatkan 33 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah positif sebanyak 8,402, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 16 adalah kes import manakala selebihnya penularan dalam negara.

"Daripada 17 kes penularan dalam negara, 14 adalah bukan warganegara dan bakinya rakyat tempatan," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Berikut perincian bagi tiga kes penularan dalam negara membabitkan warga tempatan :

- Satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 (kes ke-7,735) di wilayah persekutuan Kuala Lumpur

- Satu kes saringan pusat tahfiz di Selangor

- Satu kes saringan kepada kes kematian dalam komuniti

Dr Noor Hisham berkata sebanyak empat kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan tiada pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya terdapat pertambahan satu lagi kes kematian menjadikan jumlah kumulatif meninggal di Malaysia adalah sebanyak 119 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Sebanyak 103 pesakit lagi berjaya sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes pulih ialah 7,168 kes atau 85.31 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619