PBT

Sembelih haiwan di pasar, MPS keluar notis pematuhan

12 Jun 2020, 7:37 AM
Sembelih haiwan di pasar, MPS keluar notis pematuhan

SHAH ALAM, 12 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengenakan enam notis pematuhan kepada beberapa peniaga di dua pasar awam selepas dikesan menjalankan aktiviti penyembelihan haiwan menerusi operasi pemantauan semalam.

Pengarah Jabatan Korporatnya Mohamad Zin Masoad berkata tiga notis untuk menghentikan aktiviti itu masing-masing diberikan kepada kumpulan berkaitan di Pasar Moden Bandar Country Homes dan Pasar Moden Rawang.

"Sembilan kompaun turut dikenakan kepada mereka dengan tiga daripadanya penguatkuasaan alam sekitar atas kesalahan effluen kerana mengeluarkan air sisa ke longkang.

"Enam kompaun lagi di bawah Seksyen 29(d), Undang-Undang Kecil (UUK) Pasar bagi kesalahan halangan dengan meletakkan barang-barang perniagaan di kaki lima," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya akan sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti di pasar termasuk mengambil tindakan tegas kepada peniaga yang ingkar peraturan serta undang-undang.

Operasi disertai wakil Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Perlesenan, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619