AGENDA

Kerajaan benarkan anjur mesyuarat, seminar patuhi SOP

12 Jun 2020, 7:12 AM
Kerajaan benarkan anjur mesyuarat, seminar patuhi SOP

SHAH ALAM, 12 JUN: Kerajaan membenarkan penganjuran mesyuarat, seminar, kursus dan latihan diadakan seperti biasa, namun perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP), kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

"Bagaimanapun tatacara operasi piawai (SOP) mengenai perkara itu sedang diperhalusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Kesihatan (KKM).

"Saya akan umumkan SOP tersebut (nanti)," katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana pada 18 Mac lalu, kerajaan tidak membenarkan acara berkenaan dianjurkan bagi membendung penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619