AGENSI

Unisel sasar daftar 3,000 pelajar baharu

12 Jun 2020, 2:46 AM
Unisel sasar daftar 3,000 pelajar baharu
Unisel sasar daftar 3,000 pelajar baharu

SHAH ALAM, 12 JUN: Universiti Selangor (Unisel) menyasarkan 3,000 pelajar baharu bagi kemasukan sesi Julai-Ogos 2020 bagi Tahun Asas, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, kata pengarah komunikasi korporatnya.

Hasril Abu Hassan berkata ia berikutan sambutan baik pelajar dan ibu bapa yang memberi pelbagai maklum balas positif walaupun terdapat kekangan dari beberapa aspek susulan Covid-19.

"Alhamdulillah walaupun kita berada dalam situasi pandemik, sambutan kelas dalam talian sangat baik walau pada mulanya agak sukar.

"Namun, pensyarah dan pelajar memberi komitmen tinggi untuk memastikan kesemua kelas berkaitan berjalan lancar. Malah, pelajar baharu bagi kemasukan sebelum ini juga menerima kaedah pembelajaran dengan baik," katanya kepada SelangorKini.

Kepada pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian di Unisel boleh mendaftar di laman sesawang rasmi www.unisel.edu.my atau hubungi 03-5522 3400 / 018-571 4084 / 018-571 4087.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619