AGENDA

KEADILAN tidak tanding PRK Chini 4 Julai depan

6 Jun 2020, 2:00 AM
KEADILAN tidak tanding PRK Chini 4 Julai depan
KEADILAN tidak tanding PRK Chini 4 Julai depan

SHAH ALAM, 6 JUN: KEADILAN tidak bertanding bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini yang diadakan pada 4 Julai depan, kata setiausaha agungnya.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan itu dibuat bagi menjaga aspek keselamatan dan kesihatan pengundi yang masih menjadi kerisauan.

"Mengambil kira perkara berkenaan, KEADILAN dan Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju bahawa KEADILAN tidak meletakkan calon bagi Pilihanraya Kecil Dun Chini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Saifudin berkata KEADILAN berpandangan tatacara operasi piawai (SOP) yang bakal dikeluarkan bagi PRK Dun Chini akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan.

"Contohnya, menerusi SOP larangan lebih dari 20 orang berhimpun untuk ceramah umum perlu diteliti, dan kita juga belum diberitahu prosedur untuk kempen rumah ke rumah, pondok panas serta perkara lain yang amat penting dan menjadi kelaziman dalam konteks persiapan gerak kerja pilihanraya," katanya.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Allahyarham selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619