PBT

MPK keluar 14 saman terhadap premis niaga ingkar

4 Jun 2020, 4:25 AM
MPK keluar 14 saman terhadap premis niaga ingkar

SHAH ALAM, 4 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 14 tindakan pelbagai kesalahan terhadap premis perniagaan sekitar Jalan Selampit Taman Klang Jaya di sini semalam.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya Norfiza Mahfiz berkata daripada jumlah itu sebanyak enam kompaun, dua notis dan enam amaran lisan dikenakan di bawah kesalahan Undang-undang Kecil Pembuangan, Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007 iaitu tidak menyediakan tong sampah di premis.

"Kebanyakan premis ini juga tertakluk tindakan di bawah Seksyen 47 (D) Akta Parit Jalan Bangunan 1974 iaitu mengalirkan sisa makanan terus ke dalam longkang.

"Justeru, kami mengambil tegas isu ini dan berharap peniaga ingkar tidak melakukan kesalahan lagi pada masa akan datang," katanya.

Tindakan dan pemantauan itu dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK berikutan aduan penduduk dan pihak berkuasa tempatan berterima kasih kepada masyarakat serta ahli majlis yang cakna mengenai kes berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619