AGENSI

KPDNHEP periksa 1,972 premis, dua peniaga dikompaun

4 Jun 2020, 2:32 AM
KPDNHEP periksa 1,972 premis, dua peniaga dikompaun

SHAH ALAM, 4 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memeriksa 1,972 premis di seluruh negeri ini sepanjang pemantauan harga sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri bermula 20 Mei hingga semalam.

Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata daripada jumlah itu dua kes diambil tindakan atas kesalahan tiada tanda harga, lapor Harian Metro.

"Hasil pemeriksaan dilakukan, dua peniaga dikenakan tindakan kompaun RM3,000 setiap seorang atas kesalahan berkaitan mengikut Peraturan 3(1) Perintah Kawalan Harga 1993," katanya.

Beliau berkata, dianggarkan 90 peratus peniaga di negeri ini mematuhi arahan walaupun ada segelintir mengenakan harga 'cekik darah'.

Muhamad Zikril berkata, pihaknya menerima sebanyak 266 aduan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619