EXCO

757 kes denggi di Selangor, tiada kematian

2 Jun 2020, 8:23 AM
757 kes denggi di Selangor, tiada kematian

SHAH ALAM, 2 JUN: Sebanyak 757 kes denggi direkodkan di Selangor bagi minggu epidemik ke-22 iaitu pada 24 hingga 30 Mei lalu, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata angka itu mencatatkan penurunan 5.1 peratus dan tiada kes kematian berbanding minggu epidemik sebelumnya iaitu 798 kes denggi dengan satu kematian.

"Catatan pada minggu epidemik itu menjadikan kumulatif kematian sebanyak 28 kes dan ia bersamaan dengan tempoh sama tahun lalu manakala kumulatif penurunan kes denggi berbanding minggu epidemik sama tahun sebelumnya aadalah 11.9 peratus," katanya menerusi Facebook.

Siti Mariah berkata pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala demam denggi perlu mendapatkan rawatan segera.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan penduduk Selangor dalam usaha mencegah Covid-19, mereka juga harus mengamalkan langkah pencegahan denggi seperti memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk, membuang bekas takungan air dan menggunakan semburan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619