AGENSI

Kayak, perahu dayung tonjol keunikan pusat sukan Unisel

2 Jun 2020, 4:14 AM
Kayak, perahu dayung tonjol keunikan pusat sukan Unisel

SHAH ALAM, 2 JUN: Pusat sukan di Universiti Selangor (Unisel) kampus Bestari Jaya mampu menggamit kunjungan ramai serta menawarkan pengalaman berbeza dengan kemudahan sukan air dimiliki seperti kayak dan perahu dayung.

Pengarah Komunikasi Korporat Unisel Hasril Abu Hassan berkata aktiviti sukan seperti itu jarang ditemui di institusi pengajian tinggi (IPT) lain dan sering dijadikan program sukan keluarga dalam kalangan pelajar juga masyarakat setempat.

"Malah, kita menyediakan pelbagai fasiliti sukan yang canggih dan terkini kepada semua lapisan masyarakat antaranya trek balapan, gelanggang bola sepak, bola jaring, tenis, sepak takraw serta futsal.

"Jika tidak mahu berpanas, gelanggang dalaman juga tersedia seperti badminton, bola tampar, dodgeball (bola mengelak), ping pong dan bola keranjang," katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata semua kemudahan sukan ditawarkan tidak terhad kepada penuntut mahupun kakitangan sahaja malah boleh diakses orang luar yang berminat melakukan aktiviti berkaitan sekali gus mencapai matlamat menjadikan Unisel sebagai universiti mesra masyarakat.

"Kepada yang berminat menyewa kemudahan ini boleh berhubung terus dengan Unisel untuk menempah slot kekosongan jika ada.

"Anda boleh terus datang ke Unisel kampus Bestari Jaya bila-bila masa, beritahu pengawal keselamatan dan seterusnya mengabadikan kenangan terindah di sini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619