SELANGOR

Covid-19: Kes baharu di Selangor kembali ke dua angka

31 Mei 2020, 12:57 PM
Covid-19: Kes baharu di Selangor kembali ke dua angka

SHAH ALAM, 31 MEI: Selangor mencatatkan 31 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding hanya lima yang direkodkan semalam.

Berdasarkan data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) perkembangan itu menjadikan jumlah kes kumulatif di negeri ini adalah 1,909 dengan 278 aktif.

"Sebanyak 24 kes dicatatkan di Sepang, Gombak (dua) dan masing-masing satu kes di Hulu Langat serta Klang.

"Baki tiga kes lagi membabitkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Mesir (dua) dan Jepun (satu)," menurut BGNS.

Sementara itu, sebanyak 1,531 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala angka korban ekoran pandemik itu kekal 22 orang.

Malaysia mencatatkan 57 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan sebanyak 7,819.

Bagaimanapun, hanya empat kes melibatkan warga tempatan dan selebihnya adalah warga asing.

Kes kematian dalam negara berikutan wabak itu juga kekal 115 orang untuk tempoh sembilan hari berturut-turut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619