AGENDA

144 kompaun langgar larangan rentas negeri dikeluarkan semalam - Ismail Sabri

31 Mei 2020, 7:00 AM
144 kompaun langgar larangan rentas negeri dikeluarkan semalam - Ismail Sabri

SHAH ALAM, 31 MEI: Polis mengeluarkan 144 kompaun terhadap pemandu yang berdegil dan melanggar larangan rentas negeri semalam, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata masih ada individu melanggar larangan berkenaan dengan memberi pelbagai alasan walaupun kerajaan berulang kali memberi amaran.

"Berdasarkan statistik yang diterima, Perak merekodkan cubaan rentas negeri tertinggi dengan 42 kompaun diikuti Selangor 32 kompaun serta Pulau Pinang dan Johor masing-masing 24 kompaun.

"Statistik ini menunjukkan masih ada yang cuba merentas diri dan kita tidak akan bertolak ansur terhadap pesalah ini," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata polis turut menahan 158 individu kerana melanggar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.

"Daripada jumlah tersebut seramai 157 telah direman manakala satu individu dilepaskan dengan jaminan polis," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619