AGENSI

MB ucap takziah tiga beradik mati lemas di Terengganu

29 Mei 2020, 1:49 AM
MB ucap takziah tiga beradik mati lemas di Terengganu

SHAH ALAM, 29 MEI: Dato' Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga tiga beradik yang mati lemas ketika mandi di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong di Hulu Terengganu Rabu lalu.

Dato' Seri Amirudin Shari mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika musim hujan lebat dan ribut yang melanda.

"Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah menyayat hati tiga beradik yang meninggal dunia akibat lemas di Terengganu.

"Peringatan di waktu musim hujan lebat dan ribut yang sedang melanda. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga," kata beliau di Twitter hari ini.

Dalam tragedi pada jam 6.30 petang, tiga beradik lelaki yang meninggal dunia ialah Umar Iskandar Mohamad, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 15 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619