AGENDA

Kes Covid-19 kembali dua angka, majoriti libat warga asing

27 Mei 2020, 9:48 AM
Kes Covid-19 kembali dua angka, majoriti libat warga asing

SHAH ALAM, 27 MEI: Sebanyak 15 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini dengan 10 daripadanya melibatkan kes import dan warga asing, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kepada 7,619 kes dengan 1,421 kes aktif.

"Hari ini juga terdapat 42 kes telah pulih dan dibenarkan keluar wad maka jumlah keseluruhan kes telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 6,083 kes (79.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

"Sehingga kini, sebanyak lapan kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Semalam dan kelmarin, Malaysia merekodkan tiga angka kes Covid-19 dua hari berturut-turut iaitu 172 dan 187 kes.

Hampir keseluruhan kes tersebut melibatkan warga asing di depoh tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, DTI Semenyih dan DTI Sepang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619