EXCO

Pasar Agro Selangor jual ayam, daging bawah harga kawalan 22 - 23 Mei

21 Mei 2020, 7:43 AM
Pasar Agro Selangor jual ayam, daging bawah harga kawalan 22 - 23 Mei

SHAH ALAM, 21 MEI: Pasar Agro Selangor (SAM) menawarkan jualan ayam dan daging segar di bawah harga kawalan bermula esok sehingga Sabtu sempena sambutan Aidilfitri, kata EXCO Industri Asas Tani.

Ir Izham Hashim berkata harga sekilogram ayam ditawarkan ialah RM7.20 sekilogram berbanding harga kawalan RM7.50 sekilogram, sementara daging segar dijual RM33.50 (harga kawalan RM34 sekilogram).

"Antara lokasi jualan ialah Tapak Pasar Tani Saujana Utama, Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Tapak Pasar Tani Seksyen 13 Shah Alam, Tapak Pasar Tani Kelana Jaya SS6, Pusat Operasi Fama Dengkil dan Pusat Operasi Fama Puchong.

"Kesemua tapak jualan ini dibuka dari 8 pagi hingga 2 petang, dan pelanggan boleh membeli barangan ini secara pandu lalu sahaja," katanya kepada SelangorKini.

Izham berkata jualan istimewa itu dilaksanakan khas bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barang mentah bermutu dengan harga berpatutan.

"Ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk bantu rakyat. Untuk rujukan, orang ramai boleh layari laman Facebook Agro Selangor atau Facebook Izham Hashim," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619