AGENDA

Covid-19: Tiga kluster masih aktif

17 Mei 2020, 10:11 AM
Covid-19: Tiga kluster masih aktif

SHAH ALAM, 17 MEI: Tiga kluster Covid-19 dikesan masih aktif di Malaysia setakat hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia membabitkan Kampung Sungai Lui, Pasar Chow Kit dan Pudu.

"Kluster pertama melibatkan Kampung Sungai Lui iaitu ada pertambahan tiga kes menjadikan kes keseluruhan 187, manakala kluster Pasar Chow Kit bertambah dua kes menjadikan 81 keseluruhan.

"Selain itu, terdapat pertambahan satu kes bagi kluster Pudu dan menjadikan jumlah 33 kes," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata seramai 26,425 individu bukan warganegara sudah menjalani saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 1,307 didapati positif.

"458 bukan warganegara masih dalam rawatan dan tiga orang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk empat kematian," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619