AGENDA

Hanya jemaah lelaki disyorkan solat di masjid

14 Mei 2020, 9:11 AM
Hanya jemaah lelaki disyorkan solat di masjid

SHAH ALAM, 14 MEI: Hanya jemaah lelaki disyor menunaikan solat jemaah di masjid selepas kerajaan memberi kelonggaran dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

"Disyorkan buat masa ini hanya jemaah lelaki sahaja, Insya-Allah doakan supaya hal ini (Covid-19) selesai dengan cepat supaya kita dapat kembali seperti biasa dengan norma baru dalam ibadah," kata menteri hal ehwal agama pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengingatkan pihak berkuasa agama di setiap negeri mewujudkan kaunter di pintu masuk bagi memastikan bilangan jemaah dapat dihadkan.

Beliau turut meminta pemeriksaan suhu badan dibuat, menyediakan cecair pembasmi kuman serta mengambil rekod kehadiran jemaah.

"Ahli jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, mereka perlu diarah pulang. Pintu masjid pula akan dibuka sejam sebelum azan dan ditutup selepas tamat bacaan doa.

"Penggunaan tandas juga perlu dihadkan mengikut jumlah tandas yang ada pada satu-satu masa," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619